Kelibat susp3k lelaki yang memakai kemeja-T berc0rak hitam dan putih, berseluar jean serta menggalas beg itu berjaya dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di masjid itu sekitar pukul 12.30 hingga 1 pagi.

Difahamkan, kej4dian disedari beberapa jemaah yang datang untuk menunaikan s0lat Subuh kira-kira pukul 5.30 pagi tadi.

Peti duit berkenaan diletakkan berhampiran tangga ke laluan utama jemaah masuk ke ruang s0lat masjid berkenaan.

Ketua P0lis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi Kosm0! sebentar tadi mengesahkan lap0ran kejadian berlaku dan berkata, pihaknya telah menerima lap0ran daripada pihak pengurusan masjid sebaik menyedari kejadian berlaku.

“Susp3k terbabit dikatakan telah menggunakan dawai untuk menjol0k dan mengambil wang tunai sebanyak RM200 dari dalam tabung berkenaan.

“Kita sedang giat mengesan identiti susp3k terbabit dan percaya tangkap4n akan dilakukan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Kamarul memberitahu lagi, k3s tersebut akan disias4t mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu m3ncuri. –

sumber K! ONLINE