Rupanya Ada Niat Nk Beli Ysuku, Iphone. Individu Dedah Golongan Tidak Terjejas Beriya-Iya Mahu Keluarkn KWSP
Pengeluaran KWSP Akaun 1, demi kelangsungan hidup atau ada agenda lain?
POSTING NI HANYA UTK YG TAK TERJEJAS PENDAPATAN DI MUSIM PAND3MIK.
Sejak akhir-akhir ni ramai yang mendesak agar kerajaan membenarkan pengeluaran one off RM10k dari akaun 1 KWSP. Wah, siapa taknak kan? Saya pun nak kalau dapat.
Tapi yg tak bestnya, mendesak sampai tahap menghina, menvduh yg tak elok, mengapi-apikan. Dan kebanyakan yg mendesak utk pengeluaran tu adalah orang yang bekerja dan mendapat gaji di sepanjang musim pandemik ni.
Bukankah pengeluaran ini adalah utk kelangsungan hidup? Kenapa yg pendapatan tak terjejas pun beriya minta pengeluaran itu dibenarkan?
Siap ada yang buat group lagi utk mendesak kelulusan pengeluaran one off ni. Bila ditanya kenapa nak keluarkan? Jawapan itulah yg menimbulkan keraguan.
Nak beli Ysuku, tambah lagi RM2k, dapat beli cash.
Nak melancong kat mana-mana kawasan zon hijau. Lemau dah ni tak melancong dah lama.
Nak bayar hutang. Nak beli emas, byk corak baru sekarang ni. Nak beli tv. Nak renovate rumah. Nak merasa pakai iphone.
Ada la 2-3 orang je yang kata nak beli makanan, nak beli beras susu anak sebab takde gaji masa musim pandemik ni.
Saya ada baca komen seseorang. Katanya semua duit dlm KWSP adalah duit individu. Org lain tak berhak ambil duit tu utk pelaburan atau sebagainya. Katanya dia haramkan duit itu digunakan oleh pihak lain utk pelaburan atau apa saja.
Nak h4ramkan itu mudah, tapi bagilah faham betul-betul dulu. Janganlah terus tvduh pihak sekian-sekian dah habiskan duit KWSP tu.
Memanglah duit KWSP itu dilaburkan barulah kita dpt dividen setiap tahun. Tiap awal tahun, beriya kita nak tengok berapa kadar dividen.
Kalau banyak senyum sampai telinga, kalau sikit habis semua jadi tak kena. Ingat dividen tu jatuh dari langit tiba-tiba ke? Takdenya, dividen tu adalah di atas pelaburan yg menggunakan simpanan KWSP kita.
Macam Fixed Deposit. Ada tarikh matang. Kalau tarikh matang sesuatu FD tu adalah tiga bulan, kalau kita ambil semula duit kita sebelum tiga bulan, tiada sebarang dividen akan diperolehi.
KWSP tetap duit kita. Belum pernah dengar kes lagi, orang yg dah cukup masa utk keluarkan KWSP tapi tak dapat keluarkan KWSP dia kan? Takde kes lagi kan.
Bahkan kalau yg meninggI dnia pun, KWSP akan dpt juga, tak perlu tunggu umur si m4ti 50 atau 55 baru waris boleh ambil.
Sebab KWSP itu duit kita. Semua orang tahu tu. Kita tahu, kerajaan pun tahu.
Susah nak jelaskan perkara ni sebenarnya. Betullah KWSP tu duit kita, utk masa depan kita. Bagilah sekarang, mana tahu kita tak sempat guna pun masa dah tua nanti. Itu kalau umur kita pendek. Tapi kalau umur kita panjang macammana?
” Tak payah sibuklah, itu duit kami. Macammana kami nak hidup di hari tua nanti, itu kami punya pasal.” Wah, berlagak sungguh kata-kata ni.
Kita ni sebenarnya mudah sgt lupa. Tengok saja musim pandemik yang pertama. Kerajaan beri moratorium kpd mereka yg terputus pendapatan & tak mampu bayar ansuran.
Tapi ramai je yang masih berpendapatan pun ambil moratorium ni. “Ikut suka aku la nak ambil ke tak?” Betullah tu, hutang kau, duit kau.
Cuma yg terkilannya, duit moratorium pergi beli emas, tukar kereta baru, sedangkan sepatutnya boleh je kita bayar ansuran bulanan tu. Bukankah membayar hutang itu hukumnya wajib?
Ada yg kerja gaji penuh, tapi bayar sewa rumah separuh je. Atas alasan covid. Entah apa-apa. Kalau takde pendapatan fahamlah juga.
Rasanya kalau betul nak minta keluarkan KWSP dari akaun 1, biarlah bersyarat. Pertama, orang yg nak keluarkan duit tu, betul-betul kehilangan pendapatan.
Kedua, jumlah yg dikeluarkan bukan satu jumlah besar sekaligus. Jika RM10k, mungkin boleh dikeluarkan RM2k setiap bulan selama 5 bulan utk perbelanjaannya.
Ketiga, jumlah yg boleh dikeluarkan adalah jumlah caruman kita samada 9% atau 11% dari akaun 1, bukannya RM10k sekaligus.
Itu sekadar pendapat. Tahu, pasti ramai yang tak suka. Nak sekaligus kan? Barulah dpt buat sesuatu. Kalau sikit-sikit tak boleh buat apa. Duit habis mcm tu je. Tahu pulak.
Banyak dah kebajikan yg kita terima di musim pndemik ni sebenarnya. Bantuan BPN, i-Lestari, moratorium. Tapi manusia biasalah, tak pernah cukup dgn apa yg ada. Ingatlah rezeki itu dari Allah.
Walaupun itu duit yg kita kumpulkan dengan hasil titik peluh kita sendiri, tapi jika bukan rezeki kita, tetap kita tak merasa. Andai memang rezeki kita, dihalanglah macammana pun, tetap rezeki kita.
Kita boleh usaha dapatkannya, tapi jgnlah sampai memfitnah, mengapi-apikan dan menghiina. Itu yg salah.
Mohon maaf andai ada kekasaran dan kesilapan dlm posting ini. Moga kita sama-sama muhasabah diri. Terhindar dari segala bncana. Moga COVlD-10 ni cepat berlalu pergi. Aamin.
Sumber:FB Farizal Radzali