Tun M Minta Maaf Kepada Semua Rakyat Malaysia.. Puncanya Buat Ramai Sebak
Kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini menjadi perkara yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia dan beberapa negara lain yang mengikuti perkembangan politik semasa di Malaysia.
Mungkin kerana “kesilapan percaturan” dari bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad itu sendiri.
Akibatnya, kerajaan Pakatan Harapan yang memiliki majoriti undi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 runtuh serta merta setelah kesilapan dari Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bukan sahaja Pakatan Harapan hilang kuasa memerintah negara Malaysia, tetapi ramai Ahli Parlimen yang sebelum ini menjadi Menteri hilang jawatan. Paling menyedihkan mereka semua itu tidak mendapat “pencen” kerana tempoh perkhidmatan sebagai Menteri tidak mencapai tempoh sepatutnya.
Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, “Saya terpaksa meletak jawatan kerana sudah hilang sokongan. Saya tiada pilihan,” kata Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada sekutu-sekutunya dalam Pakatan Harapan.
Menerusi satu rakaman video berdurasi 1.30 minit, Pengerusi Bersatu itu meminta maaf kerana strategi beliau telah menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang hanya selepas berkuasa selama 21 bulan sahaja.“Saya ingat selepas saya meletakkan jawatan, saya boleh bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dan kita semua boleh menyakinkan Baginda dan memaklumkan kepadanya, saya masih mempunyai sokongan.“Saya sekali lagi meminta maaf,” katanya.
Video tersebut dipercayai dirakam dalam satu pertemuan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan di Yayasan Al-Bukhary yang mana pada masa yang sama, Tan Sri Muhyiddn Yassin mengangkat sumpah di Istana Negara sebagai Perdana Menteri Kelapan.Turut kelihatan di dalam video yang dkongsi di laman Twitter tersebut adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr. Mahathir juga mendedahkan pengkhianatan yang didakwanya telah dilakukan oleh Muhyiddin.
Pengkhianatan tersebut katanya, menyebabkan Muhyiddin berjaya dipilih sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Saya tidak bersetuju (untuk bekerjasama dengan UMNO), adalah kena bertanding.
“(Tetapi) tidak lama selepas menzahirkan kesetiaan beliau kepada saya (beliau kemudiannya khianat).
“Beliau sebenarnya menyatakan kesetiaan kepada diri sendiri (Muhyiddin bertindak bekerjasama dengan UMNO dan mencalonkan diri sebagai Perdana Menteri).
“Beliau sanggup bekerjasama dengan pencuri, penyangak, penyamun malah pembunuh.“Inilah karakter sebenar beliau,” katanya lagi.
Ahli Parlimen Langkawi itu juga meminta maaf kerana tidak menyedari lebih awal pengkhianatan Muhyiddin.
Jelasnya, beliau telah mengesyaki sesuatu tetapi tidak boleh bertindak kerana tidak mempunyai bukti yang cukup ketika itu.
“Saya minta maaf. Beliau adalah timbalan saya, orang kanan saya.
“Saya selalu curiga tetapi anda tidak boleh bertindak berdasarkan kecurigaan sahaja. Jika ada bukti kukuh, anda boleh bertindak,” ujarnya lagi.
Video yang dimuat naik di Twitter oleh akaun bernama Rashid Yusoff itu diakui tulen oleh beberapa ahli Parlimen.
Kini, kerusi Perdana Menteri Malaysia telah dipegang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan secara rasmi sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 setelah berjaya mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong bertempat di Istana Negara pada tanggal 1 Mac 2020.
Dengan terlantiknya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 maka dengan ini jelaslah bahawa kerajaan Pakatan Harapan terkubur sebagai pemerintah.
Kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah sebuah kerajaan yang dipanggil Pakatan Nasional yang menggabungkan beberapa parti terbesar di Malaysia iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM), Parti Islam Se-Malaysia(PAS), UMNO dan beberapa parti lain.
Apa yang menarik untuk kerajaan baru ini ianya terdiri daripada pelbagai kemahiran masing-masing mengisi jawatan sebagai menteri.
Ada sebahagian menteri yang dilantik tergolong bukan dalam kalangan ahli politik tetapi senator.
Ini adalah langkah terbaik buat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk transformasikan Malaysia ke arah lebih baik. Sama-sama kita doakan.