“Lahir 5 Anak, Gugur 4 Kali Kenapa Biarkan Diri Jadi Mangsa”- Doktor Sarankan Wanita Sayang Diri, Buat Perancangan Keluarga.
Kisah Imam Muda Syed Faris, menceraikan isterinya, Nur Hidayu Rosly setelah berkahwin kali kedua di Songhkla Thailand mendapat perhatian dari pelbagai pihak.
Terbaru seorang Doktor yang tidak asing lagi Dr Rusyainie Ramli memberi sedikit buah fikiranya tentang pentingnya merancang keluarga demi kebaikan sang ibu yang tugasnya bukan sekadar melahirkan anak malah berperanan dalam memberi perhatian dan didikan kepada sang anak.
Dr Rusyainie menekankan betapa pentingnya ibu menjaga kesihatan diri disamping membuat perancangan keluarga terutamanya jika si isteri tidak bernasib baik dalam menerima bantuan suami untuk menguruskan anak-anak.
Suami Mata Keranjang, Takkan Berubah Dengan Kehamilan Isteri
Bila saya terbaca tentang seorang wanita yang dah melahirkan 5 orang anak serta keguguran 4 kali, pada usia awal 30an, dan diceraikan suami yang dah berkahwin lain, saya hanya mampu menggelengkan kepala.
Tu pilihan masing-masing. Kesimpulan saya begitulah. Tolong jangan bagitahu saya yang misi serta doktor yang menjaga wanita sewaktu mengandung, bersalin dan berpantang tak pernah menyebut bab merancang keluarga. Berbuih ok mulut dok mengulang benda yang sama, lagi dan lagi.
Suami yang bermata keranjang, tak dapat dibendung kelakuannya tu walau berjubah putih dan berserban atau berkopiah sekali pun. Memang ada lelaki namanya ustaz tapi perangai tak seperti gelarannya.
Lelaki ni, wahai wanita, dia takkan berubah dengan kita ni hamil beratus kali pun. Dah tahu perangai serupa iblis walau parasnya seperti wali, kenapalah masih dibiar diri seakan menjadi mangsa.
Menagih simpati pada yang tak sudi. Tak adanya dengan kehamilan tu, sang suami akan punya belas kasihan pada si isteri. Tak payahlah nak menyusahkan diri.
Anak harus di didik sebaiknya bukan hanya dari ibu malah bapa juga memainkan peranan..
Kalau setakat mengandung dan melahirkan anak, tak apalah, mudah kan tugasannya. Masalahnya anak-anak yang tak minta dibawa ke bumi ni, mesti dijadikan manusia. Mesti dididik, diasuh dan dijaga sebaiknya. Kalau ayahnya sibuk bercengkerama dengan wanita-wanita lain sampai 5 kali sepanjang berkahwin, agaknya siapa yang membuat semua tanggungjawab tu?
Kenapa tak ada beban batu digalas. Kalau dah tabiat suami tu begitu, pakailah alat kontraseptif wahai isteri. Sayangkan lah diri sendiri. Kenapa dibiar? Masih adakah wanita di luar sana yang tak tahu, bahawa hubungan kelamin boleh dilakukan tanpa mengandung sebagai hasilnya?
Apakah mereka ingat, isteri-isteri lain di luar sana tak mempunyai hubungan s*ksual dengan suami hanya kerana mereka tak hamil? Tak ada siapa pun menghalang pers*tubuhan di antara suami dan isteri, lantaklah, selagi larat dan tak langgar hukum agama, silakan. Tapi lindungilah diri tu. Jumlah anak tu tak berkadaran pun dengan berapa kali pasangan bersama. Jangan dok jadi kolot lah ya.
Tu belum bercerita tentang segala masalah perubatan hasil kehamilan yang rapat-rapat. Badan ni ada hadnya, kita bukan mesin. Mesin pun boleh jahanam kalau dilenjan.
Anak-anak ni amanah Allah SWT. Mampukah nak membesarkan anak-anak ni dengan keadaan rumahtangga yang berantakan? Mungkin zaman dulu boleh, tapi sekarang? Bukan setakat poket yang nipis, tapi dugaan dan cabaran nak memanusiakan anak-anak ni bukan calang-calang.
Dalam suami bermain cinta di luar, dia masih menabur benih pada isteri. Bukan sekali pula tu, sampai 5 anaknya!
Saya tak tahu dari mana datang tenaga seorang mak seperti dia. Takkan dia begitu kuat dan tabah sampai langsung tak ada stres berhadapan dengan suami yang hampeh dan menguruskan anak-anak?
Hargai diri sendiri , kita mangsa atau juara?
Masa tak boleh diulang kembali. Tapi untuk setiap satu wanita yang membaca tulisan saya ni, jadikan apa juga yang berlaku dalam masyarakat sebagai iktibar.
Kalau kita tak mampu hargai diri kita sendiri, tak sanggup nak letak diri paling penting dalam hidup, maka tak usah nak mimpilah ada insan lain yang boleh sayang kita. Kita yang memilih untuk menjadi mangsa atau juara. Bukan takdir. Allah SWT bagi kita ujian dalam hidup bukan untuk kita hanya pasrah. Kita kena usaha sampai habis daya, barulah kita redha.
Kaedah kontraseptif tu wujud ya. Terbukti secara saintifik berkesan dan digunapakai seluruh dunia mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Bukan hanya mitos atau dongeng di siang hari.
Jadi wanita sekalian, gunakan ia untuk merancang keluarga!
Imam Muda Faris ceraikan isteri setelah berkahwin lain
Kisah Imam Muda Syed Faris, 34, menceraikan isterinya, Nur Hidayu Rosly, 33, selepas curang dan berkahwin dua menjadi bualan hangat.
Bukan sekadar meninggalkan isteri bersama lima cahaya mata, malah bekas finalis program realiti dakwah, Imam Muda musim kedua itu didakwa turut mengasari Nur Hidayu tanpa belas kasihan.
Guru sekolah tadika di Puchong itu mendakwa, bekas suami mengugut mahu mengambil lima cahaya mata mereka sekiranya dia berhasrat mahu berkahwin lain.
Dakwanya, bekas suami menggunakan aplikasi pengesan untuk mengetahui gerak gerinya.
Tidak tahan dengan sikap bekas suami, Nur Hidayu berkata, dia akhirnya menceritakan segala-galanya kepada ibu.
“Syed Faris ada berjumpa ibu dan membuat pengetahuan sudah berkahwin lain. Mendengarnya, ibu tidak bersetuju hasrat saya untuk mempertahankan rumah tangga.
“Ibu mana yang suka melihat anak kena sepak terajang, jadi dia tidak mahu saya menunggu lagi. Ia menimbulkan konflik antara saya dan ibu.
“Hingga ibu mengeluarkan kata sanggup keluar ikut pintu belakang sekiranya saya datang ke rumahnya. Apabila fikir kembali, daripada hilang ibu, saya lebih rela hilang suami. Ibu tiada pengganti dalam dunia ini,” dakwa Nur Hidayu.
Nur Hidayu mendakwa, untuk menutup pergolakan rumah tangganya, bekas suami memintanya menandatangani perjanjian hitam putih tidak mendedahkan kedangkalan pendakwah berkenaan.
Bagaimanapun, Nur Hidayu berkata, dia tidak sanggup menyembunyikan sikap bekas suami yang langsung tidak bertanggungjawab.
“Bekas suami mendakwa mampu berkahwin lebih satu, sedangkan nafkah saya dan anak-anak pun diabaikan.
“Mulanya kami membuat surat perjanjian supaya perkara ini tidak dibawa ke mahkamah kerana bekas suami baru mendapat pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Lagipun, ramai orang mengenalinya sekitar Puchong. Jadi, Syed Faris malu jika kisahnya tersebar.
“Sebagai isterinya ketika itu, saya setuju mahu menutup aibnya. Tetapi, tiada guna saya mempertahankannya apabila dia sanggup campak pakaian dan menolak saya dari pintu rumah ketika tempoh PKP. Dia cakap ‘perempuan’ itu boleh melayannya seperti macam raja. Hanya Allah sahaja tahu betapa sedihnya saya,” dakwanya.
Katanya, apabila bekas suami mengeluarkan kata sedemikian, tiada apa lagi yang boleh dipertahankan.
“Saya hidup susah senang dengannya selama 13 tahun. Tiada apa yang boleh dikenang lagi jika kata-kata sedemikian dilemparkan kepada saya.
“Saya setia dengannya selama ini. Jika ikutkan, kami memiliki sembilan cahaya mata, bagaimanapun empat kali mengalami keguguran. Jadi, saya terlalu kecewa,” dedah Nur Hidayu.
Nur Hidayu mendakwa, dia mengetahui perkahwinan kedua bekas suami pada Januari lalu, selepas hampir setahun disorokkan daripada pengetahuannya.
Nur Hidayu mendakwa, dia mengetahui perkahwinan kedua bekas suami pada Januari lalu, selepas hampir setahun disorokkan daripada pengetahuannya.
“Bekas suami menjalinkan hubungan secara senyap dengan wanita yang saya kenali. Wanita itu pernah datang menumpang tidur di rumah kami.
“Saya mengenali wanita berkenaan ketika menyertai misi dakwah di Sibu, Sarawak pada November 2018 yang turut disertai bekas suami. Kami berada di Sibu selama seminggu.
“Dalam penerbangan pulang, saya pelik wanita berkenaan menaiki pesawat sama dengan suami, sedangkan saya penerbangan lain. Dari situ, saya rasa seperti ada yang tidak kena,” dakwanya.
Dakwanya, bekas suami jarang pulang ke rumah, malah langsung tidak pulang menjenguk anak sepanjang tempoh PKP sejak membuat pengakuan berkahwin lagi.
“Paling menyedihkan, bekas suami pernah menghantar makanan, tetapi diletakkan dalam kotak atas tempat letak kasut.
Air mata saya menitis melihat anak-anak menjamah makanan pemberian bapanya,” katanya.
Katanya, biarpun bekas suami memberikan nafkah, tetapi ia tidak mencukupi dengan tanggungan lima anak yang masih kecil.
Katanya, biarpun bekas suami memberikan nafkah, tetapi ia tidak mencukupi dengan tanggungan lima anak yang masih kecil.
“Anak keempat dan kelima masih menyusu. Kos membeli susu sahaja sudah berapa? Dengan wang nafkah sebanyak RM300 tentunya tidak mencukupi. Bekas suami ada menambah dengan memberikan RM500, bermaksud setiap anak mendapat RM100.
“Mungkin bekas suami ingat jumlah RM500 banyak hingga minta saya menyenaraikan keperluan dibeli dengan wang yang diberikan.
“Bekas suami, seorang ustaz tidak mungkin tak tahu nafkah adalah satu kewajipan. Dalam ceramahnya mengenai isu poligami, dia sering menekankan suami perlu berlaku adil, tetapi kenapa tak amal apa yang diajar?.
Bagi mengelak membayar nafkah dengan jumlah banyak, Syed Faris mengugut mahu mengambil dua anak yang masih kecil,” dakwanya.
Nur Hidayu berkata, dia tampil mendedahkan kepincangan rumah tangganya bukan mahu mengaibkan sesiapa, sebaliknya mahu masyarakat tahu dirinya tidak bersalah.
Nur Hidayu berkata, dia tampil mendedahkan kepincangan rumah tangganya bukan mahu mengaibkan sesiapa, sebaliknya mahu masyarakat tahu dirinya tidak bersalah.
“Ini kerana ramai memandang serong terhadap saya selepas kami bercerai. Selain itu, saya mahu bangkit memperjuangkan ibu tunggal yang senasib dengan saya.
“Saya mahu mengubah persepsi masyarakat yang suka menuduh ibu tunggal suka mengganggu rumah tangga suami orang,” katanya.
Sementara itu, usaha mendapatkan komen Syed Faris tidak berjaya apabila pendakwah berkenaan enggan memberikan komen dengan memberi alasan sedang sibuk bekerja.
Hasil perkahwinan Syed Faris dan Nur Hidayu, mereka dikurniakan lima cahaya maya, Sharifah Aisyah, 12; Syed Husayn, 10; Sharifah Fatimah, 5; Syed Muawiyyah, 3; dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan.
Sumber : BHARIAN ONLINE